Saturday, February 14, 2009

peta


lancana skdk


Mengenali maksud lencana Sekolah Kebangsaan Danau Kota

Mencintai Sekolah Kebangsaan Danau Kota

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

selamat kembali ke sekolah


SELAMAT CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (1)
Sekolah akan dibuka pada hari Isnin 17 Mac 2009
Selamat Kembali Ke Sekolah

Guru besar

Tuan Haji Mohd Zulkapli Bin Mohd Zin P.P.N.

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Danau Kota

Sunday, February 8, 2009

sejarah skdk

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Danau Kota terletak di Jalan 2/23E, Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur adalah merupakan sekolah harian biasa Gred A. Ia merupakan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan mula dibina pada sekitar tahun 1996 dan siap dibina sepenuhnya pada bulan November 1998. Sesi sekolah yang pertamanya bermula pada awal tahun 1998. Sekolah ini mengandungi 3 buah blok yang menempatkan pejabat sekolah, kelas-kelas, bilik-bilik khas, bilik guru, tandas guru dan murid, bengkel, makmal, perpustakaan dan sebagainya.

Sekolah Kebangsaan Danau Kota telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Zulhasnan Bin Rafique (Ahli Parlimen Wangsa Maju ketika itu) yang kini merupakan Menteri Wilayah Persekutuan pada 21 Mei 2000 bersamaan 17 Safar 1421H.

Di awal sesi persekolahan, jumlah guru adalah seramai lebih kurang 30 orang dan murid adalah seramai hampir 500 orang. Pada awal penubuhan sekolah ini, ia ditadbir oleh Encik Maideen selaku Guru Besar sekolah yang pertama. Sehingga kini seramai 3 orang Guru Besar telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Danau Kota iaitu Encik Maiddin B. Surateman (1998-2001), Puan Haramah Bt. Wahab (2001-) dan Tuan Haji Mohd. Zulkapli Bin Haji Mohd. Zin PPN ( 2002 – kini)